Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) dan
Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) Paramedik, dengan tegas mendesak Kementerian
Kesihatan Malaysia (KKM) untuk memberi penjelasan 10 PERKARA kepada rakyat
mengenai isu yang menjadi kebimbangan utama kami:
1.
Ketelusan
dalam Pembelian Ubat-Ubatan & Vaksin Covid-19
Kami ingin meminta penjelasan dari KKM mengenai ketelusan
dalam pembelian ubat-ubatan dan vaksin. Isu harga yang memerlukan penjelasan
mendalam untuk memberi keyakinan kepada rakyat Malaysia bahawa setiap
perbelanjaan adalah berbaloi dengan manfaat kesihatan. Kami berharap KKM dapat
memberikan penerangan lengkap mengenai proses kriteria pemilihan ubat-ubatan termasuk
vaksin. Penjimatan perbelanjaan boleh disalur untuk membantu rakyat yang
memerlukan.
2.
Pampasan
/ Wang Ehsan
Kami menyuarakan keperluan untuk penubuhan satu laman
portal rasmi bagi aduan kesan sampingan akibat vaksinasi yang sehingga kini
tidak ada! Kami menyarankan agar terdapat mekanisme yang jelas untuk memberi
pampasan pada setiap kes kematian dan Adverse Events Following Immunization
(AEFI) yang berkaitan dengan vaksin. Pemantauan yang terperinci mengenai kesan
sampingan ini adalah penting untuk memastikan transparansi dan keadilan dalam
memberi pampasan kepada rakyat yang terkesan.
3.
Warga
Frontliner
Kami ingin menekankan kepentingan menghormati hak warga
frontliner untuk membuat pilihan vaksinasi tanpa tekanan. Kematian frontliner
adalah kerugian besar kepada negara, oleh itu, wajar bagi pihak berkuasa
menyediakan saluran bagi keluarga yang terkesan untuk mencari keadilan dan
pembelaan. Memastikan kebebasan untuk membuat keputusan vaksinasi dan
memberikan ruang untuk proses undang-undang adalah langkah penting dalam
menghargai jasa frontliner.
4.
Penglibatan
Pakar-Pakar Perubatan Bebas
Kami ingin mendapatkan
penjelasan mengenai mengapa tidak melibatkan pakar-pakar perubatan bebas dalam
proses keputusan dan pandangan berkaitan dengan vaksinasi atau rawatan termasuk
dari Luar Negara? Kami percaya bahawa melibatkan pakar-pakar dari pelbagai
aliran perubatan, termasuk alternatif atau bebas, dapat memberikan perspektif
yang lebih seimbang dan holistik. Adakah terdapat pelan atau langkah-langkah
yang diambil untuk memastikan pelibatan pakar-pakar ini dalam proses membuat
keputusan berkaitan dengan kesihatan masyarakat?
5.
Galakkan
Penggunaan Ubat-Ubatan Alternatif
Kami ingin mendesak KKM untuk
memberi galakan kepada penggunaan ubat-ubatan alternatif selain hanya vaksinasi
dan memastikan rakyat mempunyai pilihan rawatan yang sesuai dengan keperluan
kesihatan mereka sendiri. Perlunya penyediaan maklumat dan sokongan untuk
penggunaan pendekatan perubatan alternatif dapat memberikan kebebasan kepada
individu dalam memilih cara penjagaan kesihatan yang mereka yakini. Adakah KKM
mempunyai inisiatif khusus untuk menyokong dan memberi maklumat tentang
penggunaan ubat-ubatan alternatif kepada masyarakat? Sebelum ini rawatan
alternatif sudah terbukti dalam menangani wabak.
6.
Bukti
Kewujudan Virus Covid-19
Kami ingin meminta penjelasan dari KKM berkenaan dengan
bukti kewujudan virus COVID-19. Adakah
KKM telah menjalani proses isolasi virus dengan melibatkan kepakaran tempatan
ataukah bergantung sepenuhnya kepada kajian pakar luar negara? Kami ingin
mengetahui sejauh mana kajian terperinci telah dilakukan. Penjelasan mengenai
proses isolasi, kriteria yang digunakan, dan penyelidikan yang telah dijalankan
oleh pakar tempatan akan membantu memahami keseluruhan proses pengesanan dan
pengenalpastian virus. Yang kami difahamkan ianya dalah hanya virus seperti
penyakit influenza.
7.
Penggunaan
PPE terhadap pesakit Covid-19
Kami ingin mendapatkan penjelasan mengenai penggunaan PPE
(Personal Protective Equipment) oleh petugas yang merawat pesakit Covid.
Mengapa, walaupun WHO mengisytiharkan Covid sebagai penyakit selsema bermusim,
petugas masih memakai PPE sepenuhnya? Adakah tindakan ini berasaskan keperluan
keselamatan sebenar atau sengaja dilakukan untuk mencipta ketakutan dalam
masyarakat?
8.
Data
kematian tinggi (Excess Death) selepas pasca vaksinasi
Kami mengambil maklum bahawa data kematian di Malaysia
menunjukkan peningkatan yang ketara selepas pelaksanaan program vaksinasi pada
tahun 2022 berbanding 2021. Menurut data daripada Jabatan Perangkaan Malaysia,
terdapat kenaikan sebanyak 28% dalam kematian dibandingkan dengan lima tahun
sebelumnya, di mana kenaikan purata hanya 3%. Ini adalah fenomena seluruh dunia
dan beberapa negara maju sudah sedar akan hal ini. Kami mengharap KKM dapat
menjalankan siasatan segera untuk mengkaji kaitan antara program vaksinasi dan
peningkatan kadar kematian.
9.
Vaksin
Booster, Paxlovid dan Ditidurkan (Sedation)
9.1
Kami ingin mendapatkan
penjelasan dari KKM mengenai keperluan Vaksin Booster dan Paxlovid
untuk merawat/mengawal wabak Covid-19. Dengan adanya banyak data mengenai kejadian
Adverse Events Following Immunization (AEFI) termasuk kadar kematian selepas
pasca vaksinasi, apakah kaedah-kaedah ini sesuai?
9.2
Ubat antiviral Paxlovid
yang diberikan kepada pesakit Covid adalah tidak berkesan, malah terdapat kesan
sampingan akibat dari pengambilan Paxlovid seperti gatal-gatal, masalah menelan
atau bernafas, bengkak mulut, bibir, atau muka, sesak tekak, suara serak, ruam,
deria rasa yang berubah atau terjejas seperti yang dilaporkan oleh Yale
Medicine https://www.yalemedicine.org/news/13-things-to-know-paxlovid-covid-19. Kami ingin tahu adakah ia
sudah diujikaji?
9.3
Kaedah Peniduran kepada
pesakit, kami meminta KKM memberi Justifikasi Ditidurkan (Sedation)
adakah ia melampaui Guideline KKM?
Kami juga ingin meminta KKM untuk keluarkan data kadar kematian selepas
prosedur ditidurkan.
Bagaimana KKM memastikan
keselamatan rakyat dan pada yang sama keberkesanan kaedah perubatan yang tidak
membazir sumber kewangan negara?
10.
Immunization
Agenda 2030
Adakah KKM mempertimbangkan melaksanakan agenda vaksinasi
Immunization Agenda 2030 (termasuk IHR) oleh World Health Organization (WHO)
yang mencadangkan 500 suntikan vaksin bagi setiap individu rakyat Malaysia di
masa hadapan dan perundangan Draconian yang menekan rakyat.
______________________________________________________________
PPIM &
NGOs Paramedik:
1. Persatuan Pengguna
Islam Malaysia (PPIM).
2. Malaysian Association
of Advancement of Functional & Interdisciplinary Medicine (MAAFIM)
3. Malaysian Alliance for
Effective COVID-19 Control (MAECC)
4. Malaysian Council for
Health (MCH)
5. Pertubuhan Sukarelawan
ANSAR Malaysia