WORLD JUSTICE, PEACE & HUMANITY MOVEMENT

The past 25 years of humanity activism have been marked by incredible achievements. Activists have demonstrated the power of collective action, inspiring hope and driving significant positive change across a range of critical issues. Their unwavering dedication to creating a more just, equitable, and sustainable world serves as a testament to the potential of humanity to create a brighter future.

102 ) PINDAAN AKTA 342 TELAH DILULUSKAN DIDEWAN NEGARA

Rang Undang-Undang Akta 342 2021 telah dipinda dan beberapa seksyen baru telah ditambah telah LULUS dan akan berkuatkuasa sekiranya dirasakan perlu oleh KKM dan pihak ketiga lantikan KKM termasuklah;

1. Seksyen baharu 14A- Membolehkan pegawai diberi kuasa untuk memerintahkan mana-mana orang yang dijangkiti penyakit berjangkit menjalani pengasingan atau pengawasan dimana-mana tempat yang sesuai atau dikenalpasti selain hospital.

Perintah tersebut berdasarkan apa-apa tempoh yang difikirkan patut oleh pegawai diberi kuasa sehingga dia boleh dilepaskan keluar tanpa membahaya orang awam.

2. Seksyen baharu 15A- membolehkan pegawai diberi kuasa untuk mengeluarkan apa-apa perintah yang perlu dipatuhi oleh mana-mana orang yang dijangkiti atau yang dia mempunyai sebab untuk percaya disyaki telah dijangkiti, atau mana-mana kontak, bagi maksud pengesanan dan pemantauan.

Perintah itu boleh termasuk perintah untuk memakai apa-apa bentuk peranti pengesanan yang disediakan oleh pegawai diberi kuasa dan untuk menggunakan apa-apa aplikasi digital dalam apa-apa peranti digital sebagai mana yang ditentukan oleh pegawai yang diberi kuasa.

3. Seksyen baharu 21A- Memberi kuasa kepada Ketua Pengarah Kesihatan kuasa untuk mengeluarkan apa-apa arahan mengikut apa-apa cara kepada mana-mana orang atau golongan orang dan pengamal perubatan untuk mengambil apa-apa langkah bagi maksud mencegah dan mengawal apa-apa penyakit berjangkit.

4. Penalti: Subsyeksen 31 (3)- memberikan menteri kuasa menetapkan penalti bagi pelanggaran apa-apa peraturan yabg dibuat dibawah Akta  342.

Penalti yang ditetapkan keatas individu ialah denda tidak melebihi RM8,000 atau  atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya dan dalam hal suatu pertubuhan perbadanan denda tidak melebihi RM5,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya.

5. Kompaun: Seksyen 25- Nilai kompaun yang ditetapkan terhadap individu adalah tidak melebihi RM5,000 manakala pertubuhan perbadanan adalah tidak melebihi RM50,000.

Recent Posts